Nutricity Setiawangsa

Taman Setiawangsa

Herbalife Coach

Kalori, Lemak, dan Penurunan Berat Badan: Apa Korang Perlu Tahu

Korang pernah dengar tak ungkapan “kalori masuk, kalori keluar”? Ini sebenarnya prinsip asas bila kita bercakap tentang berat badan. Badan kita perlukan tenaga untuk berfungsi setiap hari, dan tenaga tu datang dari kalori dalam makanan yang kita makan. Tapi, apa yang jadi bila kita makan lebih dari yang badan perlukan? Dan macam mana pula bila kita makan kurang? Jom kita tengok situasi-situasi ni satu persatu.

KEADAAN A
Bayangkan badan korang memerlukan 2200 kalori setiap hari – ini termasuk kadar metabolik semasa rehat (BMR) dan aktiviti harian korang. Kalau korang makan sebanyak 2200 kalori juga, maknanya kalori yang masuk sama je dengan kalori yang keluar. Dalam situasi ni, takkan ada penambahan lemak, dengan syarat makanan yang korang ambil tu seimbang dengan protein, lemak, karbohidrat, dan cukup dengan vitamin serta mineral yang diperlukan oleh badan.

KEADAAN B
Tapi, bila korang mula makan lebih dari apa yang badan perlukan, contohnya 2600 kalori sehari, lebihan kalori tu tak akan hilang macam tu je. Ingat, badan tak boleh hapuskan kalori tanpa sebab. Kalori yang lebih hanya boleh dihapuskan bila digunakan sebagai tenaga.

Kalau korang ambil 2600 kalori tapi badan korang cuma perlu 2200 kalori, lebihan 400 kalori tu akan disimpan sebagai lemak. Bila 7700 kalori terkumpul, korang akan naik 1kg lemak. Jadi, kalau korang makan lebih tanpa dibakar, itulah akibatnya.

KEADAAN C
Nak turun berat badan? Mudah je, korang kena tahu berapa kalori yang badan perlukan sehari. Bila korang makan kurang dari apa yang badan perlukan, badan akan mula tukar lemak yang disimpan kepada tenaga untuk cukupkan keperluan badan. Contohnya, kalau korang kurangkan makanan kepada 1800 kalori, 400 kalori dari lemak akan ditukar kepada tenaga. Bila 7700 kalori lemak digunakan, korang akan turun 1kg berat badan.

7,700 Kalori Naik 1 Kilogram
Apa maksudnya? Setiap kali korang makan lebih sampai terkumpul 7,700 kalori, korang akan naik 1kg lemak.

Contoh: Kalau seorang perempuan keperluan kalorinya 1750 sehari, tapi dia makan 2000 kalori sehari – itu dah lebih 250 kalori setiap hari. Kalau berterusan macam ni, cukup 7700 kalori terkumpul, dia akan naik 1kg lemak. Tahniah! 😅

Berapa lama masa yang diperlukan? Senang je, 7700 bahagi dengan 250 = HANYA 31 HARI. Dalam sebulan, boleh naik 1kg kalau makan tak jaga.

250 kalori tu banyak ke? Tengok ni: 2 biji karipap, 6 keping biskut, 2 potong kuih kasui, 1 keping apam balik… Semua ni cukup untuk tambah 250 kalori sehari. Dekat Malaysia, memang senang sangat nak makan lebih, kan?

Kalau korang rasa susah nak kira kalori, tak reti nak plan makanan harian, jangan risau – korang dijemput datang ke Kelab Nutrisi Setiawangsa untuk dapatkan pelan pemakanan PERCUMA dan juga Magic Number (kalori harian korang untuk turun berat badan).

Jangan lepaskan peluang ni, jom singgah! 😊


https://linktr.ee/NutricitySetiawangsa


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *